TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA AHMAD FARHAN
Terima kasih kepada sahabat saya Ahmad Farhan Bin Zainuddin kerana telah membantu saya menghias Blog Bahasa Melayu saya........"Global Bahasa Melayu"........ Terima Kasih Kawan.........:-)
Ramai yang memuji blog yang hang hias ni cantik Paan!!!!!! Thanks sangat Paan...........:-)
Jangan jelous ye!!!! Hee............:-)
PAMERAN BMM 3105
Assalamualaikum dan Selamat Pagi.
InsyaAllah, pada 26 April 2013, Jumaat,
bertempat di Pusat Sumber Al Kindi Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku
Ampuan Afzan, akan diadakan Seminar dan Pameran TMK dalam Bahasa
Melayu Dekad Kini dan Akan Mendatang (BMM3105).
Pameran ini merupakan anjuran Guru
Pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester Tiga dan Program Pensiswazahan Guru di
bawah Jabatan Pengajian Melayu IPGKTAA.
Anda dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi acara dan aktiviti pameran pada hari tersebut .
Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
Hasil Pembelajaran
1. Menggunakan
internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model
perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2. Memilih
bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina
tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit
bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan
bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam
persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6. Mengadakan
simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.
Sinopsis:
Kursus ini menjelaskan penggunaan
internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran,
perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan
pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet,
simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat
pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran
dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
Tajuk kursus:
Tajuk
|
Kandungan
|
Jam
|
1
|
Penggunaan Enjin Pencari Bahan
Bahasa Melayu
Menggunakan web, video, audio, dan
imej
Menggunakan kata kunci, frasa yang
sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Menyimpan bahan dalam bentuk fail
internet dan katalog internet.
|
6
|
2
|
Menggunakan Internet, Enjin
Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Mengumpul dan mengkategorikan
bahan audio, video, grafik dan teks.
Mengumpul bahan daripada internet
ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
|
6
|
3
|
Aplikasi Garis Panduan dan Etika
Penggunaan Internet
Memuat turun garis panduan dan
etika penggunaan internet
Memindahkan garis panduan dan
etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint
|
6
|
4
|
Pemilihan Bahan Internet untuk
Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Memilih bahan sastera
Memilih bahan tatabahasa
Memilih bahan bidang ilmu lain
|
6
|
5
|
Membina dan Menggunakan Tapak,
Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan tapak
pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan laman web
pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Membina dan menggunakan tapak
pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
Membina dan menggunakan pakej
Tutorial Pembelajaran.
|
6
|
6
|
Membina dan Mengaplikasikan
Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
Struktur Hierarki dan Struktur
Komposit
Struktur Linear
Struktur Rangkaian
|
6
|
7
|
Mengaplikasikan Model Pemprosesan
Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Bengkel model pembinaan
pemprosesan maklumat
Mengaplikasi model pemprosesan
maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
Membina bahan.
|
6
|
8
|
Pengajaran Bahasa Melayu Secara
Dalam Talian dan Luar Talian
Melaksanakan simulasi pengajaran
dalam talian.
Melaksana simulasi pengajaran
dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak
pembelajaran
|
6
|
9
|
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa
Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad
Pengumuman
Prosedur pengeditan
Prinsip pengeditan
Melaksanakan pengeditan
Aplikasi ke dalam pengajaran
kemahiran bahasa.
|
6
|
10
|
Membina Bahan Video dan Audio
Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
§ Menentukan peringkat
pengajaran dan kemahiran bahasa
§ Menentukan prinsip
pembinaan bahan video dan audio
§ Membina bahan video
dan audio
§ Menggunakan persian
audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.
|
6
|
11
|
Pengajaran Bahasa Melayu Secara
Sidang Video
Konferensi secara dalam talian
Mengadakan sidang video untuk
mengajarkankemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.
|
6
|
12
|
Menggunakan Alat Pengarangan dalam
Pengajaran Bahasa Melayu
Menggunakan alat pengarangan dalam
mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa
Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
|
6
|
13
|
Mereka Cipta Animasi dalam
Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Menggunakan animasi perkataan dan
objek PowerPoint
Mencari, mengumpul, menyesuaikan
dan menggunakan animasi daripada Internet
Memanipulasi animasi dalam
persembahan
|
6
|
14
|
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran
dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Meneroka dan mengklasifikasikan
cakera padat
Memilih cakera padat pembelajaran
bahasa Melayu
Menggunakan cakera padat dalam
aktiviti pengajaran
|
6
|
15
|
Seminar dan Pameran TMK Dalam
Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
Mengadakan seminar
Mengadakan pameran
|
6
|
PENGENALAN BMM 3105 PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER
Pengenalan
“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Tahun
2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi
bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan.
Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta
penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah
diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya
menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk
multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu
senario belajar yang lebih menyeronokkan.
Dalam
hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan
menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk
pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang
pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya
bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan.
Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung
pada faktor manusia iaitu guru yang membuat perancangan. Teknologi hanyalah
sebagai faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya,
manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.
Oleh
itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan
teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara
berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan
kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam
keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada
Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.
Namun
begitu, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru menggunakan
teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang guru bahasa
menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam
pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di
sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan
latihan yang secukupnya (Norizan Abdul Razak, 1997). Dengan ini, kerajaan perlu
melipat gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan
guru-guru.
Sebenarnya,
kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan
terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik
darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang
baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para
pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang
dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan
kaedah baru ini dapat membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke
peringkat antarabangsa. Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati
batas geografi dan waktu. Hal ini demikian kerana internet merupakan satu
jaringan antarabangsa yang menghubungkan lebih 30 000 jaringan di lebih 100
buah negara. Internet kini mempunyai lebih 20 juta pengguna di seluruh dunia
dan bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan penurunan harga komputer dan
perisian komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996).
Memandang
bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam sistem pendidikan di
Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi dan memahami
keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para pendidik
menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Penulisan ini akan memberikan tumpuan
kepada kaitan antara komunikasi di alam siber dengan praktis pengajaran bahasa
yang penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu komuniti
elektronik (electronic community) dan bentuk komunikasi di alam siber yang
dikenal sebagai komunikasi pengantaraan komputer (computer mediated
communication). Penulisan ini akan turut membincangkan aspek pedagogi
komunikasi pengantaraan komputer, seperti bentuk pengajaran yang komunikatif
dan interaktif. Penulisan ini seterusnya akan menyarankan kemahiran yang
diperlukan oleh para guru bahasa untuk bersama-sama memasuki alam pengajaran
siber dan peranan institusi pendidikan guru dalam perkembangan ini. Selain itu,
penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan komunikasi pengantaraan
komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara pelajar dengan
pendidik dalam pengajaran bahasa.
Menurut
Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi
komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan animasi
disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat
merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan
yang tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan hal
demikian, teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pelbagai urusan dan
kegiatan, seperti perniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan. Antara
perkhidmatan yang ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik,
papan buletin, dan laman web yang membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan
mengajar dengan menggunakan talian komputer.
Subscribe to:
Posts (Atom)