TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN KEPADA AHMAD FARHAN

Terima kasih kepada sahabat saya Ahmad Farhan Bin Zainuddin kerana telah membantu saya menghias Blog Bahasa Melayu saya........"Global Bahasa Melayu"........ Terima Kasih Kawan.........:-) 


Ramai yang memuji blog yang hang hias ni cantik Paan!!!!!!  Thanks sangat Paan...........:-)
Jangan jelous ye!!!! Hee............:-)

PAMERAN BMM 3105


Assalamualaikum dan Selamat Pagi.

InsyaAllah, pada 26 April 2013, Jumaat, bertempat di Pusat Sumber Al Kindi Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, akan diadakan Seminar dan Pameran TMK dalam Bahasa Melayu Dekad Kini dan Akan Mendatang (BMM3105).

Pameran ini merupakan anjuran Guru Pelatih PISMP Bahasa Melayu Semester Tiga dan Program Pensiswazahan Guru di bawah Jabatan Pengajian Melayu IPGKTAA.





Anda dijemput datang beramai-ramai bagi memeriahkan lagi acara dan aktiviti pameran pada hari tersebut .

PROFORMA BMM 3105

MODUL BMM 3105

Modul BMM3105 Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Hasil Pembelajaran


1.    Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan perpautan antara bahan.
2.    Memilih bahan internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.    Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4.    Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5.    Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam internet, alat pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat pembelajaran dalam p&p bahasa Melayu.
6.    Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara sidang video.

Sinopsis:

Kursus ini menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

Tajuk kursus:


Tajuk
Kandungan
Jam
1
Penggunaan Enjin Pencari Bahan Bahasa Melayu
Menggunakan web, video, audio, dan imej
Menggunakan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran bahasa Melayu.
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet.
6
2
Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.
Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.
6
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Memuat turun garis panduan dan etika penggunaan internet
Memindahkan garis panduan dan etika penggunaan internet dalam bentuk brosur dan PowerPoint
6
4
Pemilihan Bahan Internet untuk Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
Memilih bahan sastera
Memilih bahan tatabahasa
Memilih bahan bidang ilmu lain
6
5
Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi  pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
6
6
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
Struktur Linear
Struktur Rangkaian
6
7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat  dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Bengkel model pembinaan pemprosesan maklumat
Mengaplikasi model pemprosesan maklumat dalam simulasi pengajaran dengan menggunakan tapak pembelajaran.
Membina bahan.
6
8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
Melaksanakan simulasi pengajaran dalam talian.
Melaksana simulasi pengajaran dalam talian dan luar talian dengan menggunakan laman web dan tapak pembelajaran
6
9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan Kad Pengumuman
Prosedur pengeditan
Prinsip pengeditan
Melaksanakan pengeditan
Aplikasi ke dalam pengajaran kemahiran bahasa.
6
10
Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
§  Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa
§  Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio
§  Membina bahan video dan audio
§  Menggunakan persian audio untuk pengajaran kemahiran mendengar bertutur dan membaca.
6
11
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Sidang Video
Konferensi secara dalam talian
Mengadakan sidang video untuk mengajarkankemahiran mendengar bertutur, membaca, dan menulis.
6
12
Menggunakan Alat Pengarangan dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Menggunakan alat pengarangan dalam mencapai kemahiran bahasa sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah
Aplikasi penyuntingan bahan Bahasa Melayu dengan menggunakan alat pengarangan
6
13
Mereka Cipta Animasi dalam Persembahan Bahan Pengajaran Bahasa Melayu
Menggunakan animasi perkataan dan objek PowerPoint
Mencari, mengumpul, menyesuaikan dan menggunakan animasi daripada Internet
Memanipulasi animasi dalam persembahan
6
14
Bengkel Cakera Padat Pembelajaran dalam Pengajaran Bahasa Melayu
Meneroka dan mengklasifikasikan cakera padat
Memilih cakera padat pembelajaran bahasa Melayu
Menggunakan cakera padat dalam aktiviti pengajaran
6
15
Seminar dan Pameran TMK Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dekad Kini dan Mendatang
Mengadakan seminar
Mengadakan pameran
6

PENGENALAN BMM 3105 PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER


Pengenalan

       “Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.


        Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses, disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang lebih menyeronokkan.


Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan. Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung pada faktor manusia iaitu guru yang membuat perancangan. Teknologi hanyalah sebagai faktor pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.


      Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.


       Namun begitu, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang guru bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan yang secukupnya (Norizan Abdul Razak, 1997). Dengan ini, kerajaan perlu melipat gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru.


       Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu. Hal ini demikian kerana internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan lebih 30 000 jaringan di lebih 100 buah negara. Internet kini mempunyai lebih 20 juta pengguna di seluruh dunia dan bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan penurunan harga komputer dan perisian komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996).


      Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam sistem pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi dan memahami keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para pendidik menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Penulisan ini akan memberikan tumpuan kepada kaitan antara komunikasi di alam siber dengan praktis pengajaran bahasa yang penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu komuniti elektronik (electronic community) dan bentuk komunikasi di alam siber yang dikenal sebagai komunikasi pengantaraan komputer (computer mediated communication). Penulisan ini akan turut membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan komputer, seperti bentuk pengajaran yang komunikatif dan interaktif. Penulisan ini seterusnya akan menyarankan kemahiran yang diperlukan oleh para guru bahasa untuk bersama-sama memasuki alam pengajaran siber dan peranan institusi pendidikan guru dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara pelajar dengan pendidik dalam pengajaran bahasa.


      Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan animasi disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan hal demikian, teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pelbagai urusan dan kegiatan, seperti perniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web yang membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan menggunakan talian komputer.